KUALA LUMPUR: Kegembiraan memiliki kereta baharu bertukar hampa selepas seorang wanita mendakwa kenderaan yang dibelinya itu rosak dalam tempoh tidak sampai lapan jam.
Lebih mengecewakan, Nagakanni Subramaniam terpaksa membayar pinjaman bulanan 'kereta baharunya' itu sebanyak RM537 walaupun kenderaan itu kini terbengkalai di pusat servis.
Berkongsi kisahnya di laman Facebook, Nagakanni berkata, dia mendakwa, membeli kereta itu dari sebuah pusat jualan kenderaan di Segamat, jam 11 pagi, pada 17 Oktober lalu.
Bagaimanapun, lapan jam kemudian ketika mahu menghidupkan enjin keretanya itu, komponen utama dalam kenderaan tersebut tidak dapat berfungsi.
"Sehari selepas itu, kereta saya dibawa ke pusat servis di Segamat dan mekanik di sana memaklumkan bahawa enjin kereta saya telah rosak.
"Saya telah memohon untuk menggantikan kereta baharu dan saya diminta untuk menunggu keputusan dari ibu pejabatnya yang memerlukan tempoh dua minggu hingga sebulan.
"Pada 9 November pula, individu dikenali sebagai Suffian dari ibu pejabat menghubungi saya dan memaklumkan bahawa berdasarkan penyiasatan awal, enjin kereta saya rosak disebabkan ada benda asing seperti gula dan menyatakan bahan itu tidak digunakan oleh pengeluar kereta itu," katanya dalam hantaran itu.
Nagakanni mendakwa, dia tidak pernah membawa sebarang makanan atau gula di dalam tempoh lapan jam selepas menerima kereta itu apatah lagi mengusik bahagian enjin kenderaan tersebut.
Bercerita lanjut, Nagakanni berkata, dia sekali lagi dihubungi Sufian itu dan dimaklumkan untuk membuat pinjaman baharu bagi mendapatkan kereta yang baharu, pada 15 November lalu.
"Saya kata saya boleh buat pinjaman baharu hanya selepas dia selesaikan pinjaman lama saya terlebih dahulu kerana sehingga hari ini saya masih bayarkan pinjaman kereta yang rosak itu.
"Namun pada 4 Disember, jurujual dari pusat jualan di Segamat meminta dokumen daripada saya untuk membuat pinjaman kedua tetapi saya menolak permintaan itu kerana pinjaman pertama saya masih belum diselesaikan.
"Sejurus itu pada 8 Disember, khidmat pelanggan memberitahu bahawa cadangan akhir belum dipersetujui dan ibu pejabat sedang menyelidik kesilapan dalaman dan mereka belum boleh beri persetujuan hitam putih untuk tukar kereta saya dengan yang baharu," jelasnya.
Nagakanni berkata, sehingga kini dia masih belum menerima sebarang jawapan daripada pengeluar kereta itu walaupun tempoh telah melebihi dua bulan.
"Saya masih perlu membayar pinjaman kereta setiap bulan. Saya harap sangat kawan-kawan di Facebook berkongsikan 'posting' ini supaya dapat diselesaikan isu ini.
"Saya hanya lawan untuk mempertahankan hak saya," tegas Nagakanni.
Astro Awani
Wed Jan 03 2024
Lebih mengecewakan, Nagakanni Subramaniam terpaksa membayar pinjaman bulanan 'kereta baharunya' itu berharga RM537 walaupun kenderaan itu kini terbengkalai di pusat servis. - Gambar Facebook Nagakanni Subramaniam.
Facebook sasar lebih ramai pengguna muda, syor perkongsian 'feed' berasaskan AI
Selari dengannya, Facebook kini menyatakan akan meningkatkan lagi fokus platform berkenaan kepada pengguna muda.
Isu Kampung Sri Makmur: Anggota penguat kuasa ikut prosedur, tatacara perobohan - PDT Gombak
PDT Gombak berkata tindakan pengusiran dan perobohan yang dibuat adalah berdasarkan perintah Mahkamah Tinggi Shah Alam pada 14 Mei 2024.
Lebih 23,000 baucar buku berjaya ditebus murid menerusi aplikasi DELIMa - KPM
Tempoh sah penebusan dan penggunaan baucar buku untuk murid dan pelajar di institusi di bawah KPM adalah dari 31 Mei hingga 31 Dis.
OKU dipukul: Teo sokong titah Tunku Mahkota Ismail
Teo berharap tindakan undang-undang sewajarnya diambil secepat mungkin sekiranya kejadian itu melibatkan unsur jenayah.
Program 'Melaka Bila Larut Malam' tarik kedatangan pelancong
Usaha itu termasuk memperkenalkan pakej pelancongan baharu dan program menarik yang memberi impak kepada semua pemain industri di Melaka.
Jegathesan harap Mohd Azeem, Shereen lakukan 'pecutan' ke Olimpik
Katanya, mereka tiada pilihan lain atau terpaksa akur dengan keputusan hanya seorang sahaja bakal diterbangkan ke Paris menerusi slot wildcard.
KPM naik taraf 384 institusi seluruh negara sebagai Pusat Kecemerlangan Pendidikan
Ia satu usaha pembudayaan digital dengan pembekalan studio digital dan hab pembuatan digital bagi memantapkan kemahiran dan kompetensi guru.
AWANI-RareTV: Negara paling aman terletak di 'hujung' dunia
"Kamu sekarang berada di kampung Iceland, tiada jenayah di sini dan anda tidak perlu kunci."
Kementerian Perpaduan Negara pertimbang naik taraf kuil berusia lebih 100 tahun
Kuil Sri Maha Mariamam yang terletak di Ladang Kerilla, Tanah Merah itu dikunjungi penganut agama Hindu dari seluruh negara setiap hujung minggu.
Final UCL: Gelaran ke-15 Real Madrid lebih sukar dari dijangka - Ancelotti
Ancelotti berkata, ia bagaikan mimpi tetapi ia satu realiti.
Wanita maut, seorang cedera kereta bertembung lori kontena
Seorang wanita maut manakala seorang lagi cedera selepas kenderaan dinaiki terbabit kemalangan dengan sebuah lori kontena.
Pelajar 14 tahun maut nahas dua kenderaan
Mangsa mengalami kecederaan parah di kepala dan meninggal dunia di tempat kejadian.
3 rumah, dua kereta musnah dijilat api di Sungai Siput
Kebakaran itu turut membabitkan dua buah kereta yang musnah 90 peratus.
Perodua setuju beli semula kereta dengan harga penuh - Pemilik Bezza
Perodua juga menawarkan kepadanya untuk membeli kereta kedua dengan kadar pinjaman sama atau menolak tawaran berkenaan dan membeli yang lain.
Rumah, kereta, tiga motosikal musnah dijilat api
Pihak JBPM Perak menerima panggilan berhubung kejadian kebakaran di Kampung Selat Pulau itu pada jam 1.57 pagi.
Dua maut termasuk kanak-kanak, 11 cedera, nahas dua kenderaan
Mangsa yang maut merupakan seorang lelaki yang memandu kereta dan seorang kanak-kanak lelaki.
Bomba selamatkan kanak-kanak empat tahun terperangkap dalam kereta
Anggota bertindak membuka kereta tersebut menggunakan peralatan khas sehingga berjaya.
Kanak-kanak lima tahun maut, 4 lagi parah
Kanak-kanak tersebut maut di lokasi dipercayai mengalami kecederaan parah.
8 cedera, 7 selamat nahas 9 kenderaan di lebuh raya
Dipercayai kemalangan yang membabitkan sembilan kenderaan itu berlanggar dari arah belakang, bagaimanapun tiada mangsa tersepit.
Jualan kereta Honda melonjak 51 peratus kepada 80,200 unit pada 2022
City, City Hatchback dan HR-V merupakan tiga model utama yang paling laris.